Jumaat, 4 April 2014
Mood Exam dan last sem..
dah lama sangat tak update blog nih....sepanjang aku di semester akhir nih, aku agak bz dan kelang kabut dibuatnya..heheh.. aku sekarang ni sedang menghitung hari, ada lagi 1 minggu je aku kat kelantan nih..lepas ni aku akan ke Ampang untuk buat Latihan Industri..cepatnya masa berlalu,,, masa awal2 sem xsabar-sabar nk abis cepat..bila dah last2 sem ni rasa sedihla pulak nak tinggalkan kawan-kawan dan pensyarah..ermmm.....
Isnin, 13 Januari 2014
Semangat Baru, Azam Baru..
2014 adalah tahun last semester aku di KTD.. fuhhh aku ingatkan last2 sem ni kerja takla banyak sangat..sebab tinggal 4 subjek jer..tapi sebaliknya.huhuhu.jangan mengeluh, xpe nabihah you can do it..masa nila aku kena belajar macamana nak bahagikan masa untuk siapkan projek..sekarang ni fokus pada MUET dan projek Multimedia.. dua2 subjek ni mencabar bagi aku..satu untuk menentukan aku boleh lepas degree.. dan satu untuk menentukan aku boleh grad atau x..huhuhu....agak tekanan dan membuat aku rasa bengong2 sikit..tp..INSYALLAH...pasti boleh..chaiyok2..
Rabu, 29 Mei 2013
BERJOGGING
semalam, lepas post yang aku dapat ujian fizikal tu..Ramaila plak kawan2 yang komen suruh aku try nasib..ermm first tu aku rasa macam malas dan ada gak perasaan teringin, Tapi,.. aku dah tau da aku mesti tak dapat punya... kalo dapat pun aku akan pikir 2,3 kali gak nak pergi. Terpikir jugak..takde ke kawan2 yang dapat eh? ..huhuh nak dijadikan cerita, kawan aku sorang nih..yang dah lama sangat aku tak contact, dia komen kat wall fb aku..."weh bihah nnt jomla kta g sama2.." aikh..ang dapat gak ke??.. waaahh akhirnya ada geng gak aku..heheheh..
Semangat aku....heheh dah ada geng. Petang tadi bermulala aku untuk tingkatkan stamina aku dengan berjogging..Aadddoooiii sakitnya kaki ku..yerla camna tak sakit, dah lama aku tak berjogging. Berat badan pun dah naik berkilo2..dengan sakit tumitla..ermmm tak taula aku...boleh ke? ada masa berapa minggu ja lagi..hahaah, chaiyok bihah, u can do it..dengan semangat yang berkobar2 aku dengan member joggingla 3round kat tmn rekreasi Bukit Kubu..Yang bestnya plak, masa berjogging tu, terjumpa plak kawan lama masa sekolah dulu..member dah dapat agak dah.. tak pernah2 sebelum ni ,tiba2 jogging..mesti dapat jgk.hahaha dah agak, dia pun dapat. Kami bertiga pun jogging la sekali... macam2 ceritala, ada rasa takutla, tak sabar lah..aku rileks ja la..tak kisah sangat dapat ke tak..member aku yang dua orang ni risau ketinggian diorang.. takut xlepas..diorang ni rendah sikit dari aku.. yang aku plak masalah rabun dan berparut..hah dah cnfrm aku xdapat kalau camni.huhuhu tak pela aku try and error jela..kalau dapat rezeki aku, kalau xdapat pun aku redha jela..hehehe.....
Selasa, 28 Mei 2013
CUAK.........
hahah cuak aku......
petang tadi ada polis datang rumah, masa tu mak ngan ayah xdk..ada aku dan kak ipar ja kt umah..huishh nape plak dah ni,aku ada bt slh apa2 ka,,or polis ni nak cari penjenayah mana2 tanya aku..dengan muka yg agak2 takut dan cuak aku pun pi la kt polis tu tanya ada pa.dia pun berkata" ni umah Nabihah Bt Ibrahim ka????? @##$@" erk... ya sayala tu"...dalam hati (hah sudah dah.... tidoq lokap apa aku mlm nih.hadoii aku bt jenayah apa plak...mak tlg..)
hahah dengan slumber polis tu kata.." ni ada surat tawaran konstabel nih..ni mmg betul ka alamat? no tel ni betul ka?? aku pun..ha alamat tu betuila,,tp no tel tu dah tukaq.. patutla telefon tak dapat..Bawak mai ic saya nak tengok...tau dak bila mntak polis nih?ada mntak secara on9 dak?....##@%% erk..ermmm kalo mntak on9 tu xingat plak bila tapi lepas sekolah menegah ada la isi borang....pastu, polis tu bagila sepucuk surat cinta untuk aku..
hahaha nk djadikan cerita..surat tu rupa2nya surat untuk ujian fizikal untuk jawatan konstabel wanita..spoil betuila,ingatkan apa tadi,buat aku takut ja....hadoii yang polis ni pun,,awatla mai time2 cmni?? psal pa la dia xmai time ak keja 7e dlu..xpun time ak tengh berkobar2 nk jadi polis dlu(masa muda2 tengah slim..) lani kalo p cnfrmla xdpt...huhuhuh....
cuak aku...
Khamis, 2 Mei 2013
SIAPAKAH GADIS DAN KAMERA
Hari ini adalah hari pertama aku menulis blog. Sebelum ni aku ada akaun blog, tapi aku masih blur.Macamana aku nak tulis nih dan apa yang aku nak tulis...ermmm kesian kan,teringin nak ada blog tapi tak reti dan takde idea..huhuhu...
Tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus menulis..takpe kan kalau kita try and error(bak kata seorang pensyarah aku). First yang aku blur dengan blog ni, TAJUK ataupun TITLE..hemmmm ape ye tajuk BESAR blog aku nih..lama juga ak memikir last-last aku pilih tajuk GADIS DAN KAMERA...
Kenapa GADIS DAN KAMERA?? nape aku tak letak... aku dan sepatu ke, aku dan basikal ke, aku dan tong sampah ke n ape2 jela..heheh...Gadis(aku) Kamera( nikon D3100 kesayangan ku), tula yang aku nak maksudkan..heheh....
Langgan:
Catatan (Atom)