MY WORK

Hari ni aku nak kongsi sedikit hasil kerja aku selama aku belajar ni. InshaAllah aku akan kongsikan hasil kerja aku dari masa aku kat KKA dulu sampaila aku kat KTD sekarang ni. Hasil kerja aku ni taklah menarik dan cantik sangat. Hanya sekadar perkongsian untuk semua.



  1. First sekali aku nak cerita la sikit kerja atau assingment aku masa kat KKA dulu..Masa aku ambil sijil dulu tak banyak projek yang lecturer bagi, kebanyakkannya assingmentla... Memang banyak, tapi aku suka sebab assingment yang diberi tu assingment yang aku perlu melukis.hhehehe..subjek yang aku paling suka, subjek lukisan persembahan..Yerla subjek last semester mestila banyak assingmentnya kan, subjek ni aku perlu banyak melukis, dari sinila aku dapat belajar teknik-teknik lukisan, perwarnaan, pencahayaan, jenis-jenis pensil dan macam2 lagi..Selain dari tu, aku belajar jugak subjek lukisan kerja dan AutoCadd. Lukisan kerja ni beza sikit dengan lukisan persembahan,lukisan kerja ni aku banyak menggunakan pembaris dan pen mekanikal yang pelbagai saiz. Bagi aku susah sikitla subjek lukisan kerja ni, sebab ia memerlukan ketelitian,kekemasan dan yang paling penting perlu mengikut skala yang diberi.. dan bagi subjek autoCadd ni pulak sama jer dengan lukisan kerja cuma ia  menggunakan komputer, bagi aku senangla sikit subjek ni sbb banyak kemudahan..hehehe...dalam subjek autoCadd ni aku belajar dari semester 1 sampai last semester. kalo tak reti buat jugak memang parahla..aku diajar dari mula nak buat garisan bentuk sampaila aku boleh mebina satu pelan bangunan. yang paling best subjek ni masa aku last semesterla..aku diberi satu projek membina satu model bangunan dalam bentuk 3D. masa ni aku excited sangat nak kerjakan projek ni, kebetulan pulak masa aku bt prektikal aku diajar cara2 untuk medesign bangunan..akhirnya aku bangunkan model 3D tu dengan bangunan yang aku design kan sendiri.. alhamdulillah la ketiga tiga subjek last semester ni aku dapat A dan B.





         

        

                                               


2.  Selesai sudah cerita aku masa di KKA.. Aku nk cerita pulak masa aku di KTD...masa aku belajar kat KTD ni banyak subjek yang aku kena ambil., antara subjek yang aku dah ambil (pengenalan multimedia,fotografi, pengurusan multimedia, grafik, audio video, animasi 2d dan lain2)..termasuk jugak subjek berkaitan dgn IT (database, pengaturcaraan komputer, interaksi komputer dan web n macam2 lagi..ha banyak kan??.. hehehe...alhamdulillah semua subjek ni aku hadap dengan penuh kesabaran dan lulus dengan sempurna.. masa aku diploma ni banyak jugak subjek yang aku suka..semuanya berkaitan dengan multimediala..rasa  macam susah, tapi aku enjoy je masa mengerjakannya(ceewaah....).assingment yg paling best... masa siapkan assingment audio..heheh masa ni aku paksa kawan aku menyanyi lagu ayat2 cinta..aku pulak sebagai compose dan editing suara..hahah dpikirkan balik lawak betul..kesian kt kawanku sorang nih...berapa kali dia kena ulang menyanyi untuk dapatkan suara  yang matching dengan melodi..uih susah jugak nak jadi penyanyi rupanya.. selain dari tu, aku pernah buat assingment fotografi..Ha kenala dengan tajuk besar aku nih..Sebelum aku belajar subjek ni, aku dah tau da subjek ni aku akan belajar...wah masa tu terujanya aku...mcm2 aku fikirkan. sampaila aku beli camera dslr dengan duit ptptn aku sendiri.. Aku memang suka sangat tangkap gambar,tapi aku ni jenis malu2..kalau orang ramai aku jadi malu nak tangkap gambar..tula satunya kelemahan aku. Nak kata TERROR sangat tangkap gambar tu, tak lah..belum pro lg, masih belajar,,heheh...Tapi aku bolehla cover sikit2 gambar yang tak cantik tu dengan photoshop..bab edit mengedit ni memang aku suka.. masa aku semester 4,banyak projek yang aku kena siapkan.. masa tu ada 3projek yang aku kena presentation..uihh masa tu terkanan betul aku, memang stresssla.. Kat bawah ni aku nak tunjukkla sikit projek2 yang aku buat..bukan untuk menunjuk2 ye...heheh sekadar nak share..




                                             gambar yang kat atas ni projek claymation







                                                            projek untuk fotografi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan