Sebelum aku menulis banyak lagi tentang hidupku,kerjaku dan seniku.Aku nak memperkenalkan diri dahulu.. Assalamualaikum.. Nama aku Nabihah Ibrahim, aku ni berasal dari Perlis..mempunyai 3orang adik beradik dan aku seorang je perempuan dikalangan adik beradik aku..Alhamdulillah aku didunia ni selama 24 tahun..Lagi 28 hari jer lagi genap 24 tahun aku hidup. Kalau nak cerita pasal family ni, family aku ni dikalangan orang biasa biasa je..hidup kami sekeluarga agak sederhana.. tapi aku bahagia sangat..hermm pasal pelajaran pulak, ermm aku ni takla pandai sangat..dalam pendidikan aku, dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej. masa kolejla aku mula dari bawah, lepas aku habis sekolah menengah aku sambung pelajaran aku di Kolej Komuniti Arau(KKA), masa ni aku ambil sijil je, Sijil Pelukis Pelan Senibina. Masa nila bermulanya aku sebagai seorang mahasiswi.. Kenangan aku masa dekat KKA ni seronok sangat. Yerla, asyik main je..heheh..aku belajar kat KKA 2tahun, dalam masa 2tahun tu aku dah mula hidup berdikari dan cari pengalaman baru, course yang aku ambil ni pulak ada subjek best dan ada gak subjek tak best..yang bestnya ada subjek melukis,hah kenala dengan jiwa aku, aku mmg suka melukis, kalau nak tahu nape aku ambil course pelukis pelan senibina ni .Sebab aku nak title pelukis, cita2 aku masa sekolah dulu nk jadi pelukis terkenal..hehe...yang subjek tak best pulak subjek mengira la..haaaaaaaa tension aku.Aku lemah betul kalau ada subjek yang kaitan dengan MATEMATIK nih.Tapi nak buat camna,dah jadi kewajipan tension ke, tak reti ke, lemah ke aku kena hadap gak .Alhamdulillah aku tamat pengajian aku di peringkat sijil dengan sempurna,aku dapat pointer keseluruhan 3.06 tanpa mengulang..
Lepas jer aku habis ambil sijil, aku bercita2 nak sambung belajar lagi.Aku nak ambil diploma, mmg aku nak sambung course yang sebelum ni aku belajar. Aku dah tak nak tukar course lain dah..Aku dah berangan angan dah suatu hari nnt aku nak jadi designer architect.Kiranya atas sikitla dari pelukis pelan..tapi masa aku tunggu nak apply diploma, rezeki tak menyebelahi aku..Aku tak dapat apa yang aku apply..masa tu ada la sikit kecewa..tapi aku tak putus asa, aku apply lg..Sementara aku tunggu nk sambung belajar. Aku bekerja di 7eleven..Hermmm lama jgk aku kerja kat situ,masa aku kerja dulu, lagi banyak pengalaman yang aku dapat..hermmm mcm2la..yang paling aku tak suka kerja kat situ bila kena layan kerenah BOSS dan PELANGGAN...hadoii...tak boleh blah la.. Ni bukan bidang aku, aku tak suka kerja bdepan dengan orang ramai..pastu kerja dengan duit plak 2...Tak suka pun aku kena hadap jugak, niat aku kerja nak cari duit nak tolong mak ayah dan kumpul duit untuk aku sambung belajar..hampir 2tahunla jugak aku kerja kat 7e tu. sementara aku dapat sambung belajar kononnya..Aku sebenarnya tak tahan sangat kerja kat situ..Sampai satu hari aku hilang sabar, aku gaduh dengan boss(merangkap manager aku) aku gaduh pun bukanya apa..masa tu aku betul-betul tension..aku tension dengan orang sekeliling aku..dah berapa kali dah aku bagitau kt mak nak berhenti kerja, tapi mak suruh bersabar aku ikut jela sebab aku masa tu betul2 takde duit,.tapi hilang sabar punya pasal aku ambil keputusan berhenti kerja..lagi pun kalau kerja tu tak sesuai dengan kita buatpe nak kerja lagi..lama2 nanti boleh jadi gila..huhuhu...
Bermulalah kehidupan aku sebagai penganggur terhormat..eh sebelum tu aku tak cerita lagi kan, lepas je aku berhenti kerja..aku kena marah teruk dengan ayah. Menangis2 aku masa tu, lari dari umah pergi rumah tok mengadu kat makcik2 hahah lawak giler..kalau buat cerekarama nih memang malatopla..heheh.... Masa aku kat rumah tok, seorang makcik aku nih diala penyelamat segala-galanya..Masa aku dalam kesusahan aku rasa macam ada cahaya yang bakal mencerahkan masa depan aku yang musnah dek gara2 aku bergaduh dan berhenti kerja. makcik aku tanya.."bihah tak mau sambung belajaq ka??" aku masa tu "ya bihah nak sangat sambung, tapi bihah dah apply banyak kali dah tak dapat, lagipun ada ka kolej nak tengok pointer bihah yang atas paras tu.??" makcik pun suruhla aku apply kat sebuah kolej swasta nih,masa tu aku tak yakin, sebab kolej swasta kan..mesti mahal. Tapi dengan sokongan makcik2 aku yang lain.aku pun beranikan diri apply kt Kolej Teknologi Darulnaim.
masa tu plak ada lagi masalah..Aku bagitau kat mak ngan ayah aku nak sambung belajar..mak ok, tp ayah tak..ayah xsetuju aku sambung belajar. Sebab masa tu kewangan family aku tak stabil,kalau aku sambung belajar mana nak cari duit kan. Aku pun buatla cerekarama sekali lagi..lari rumah tok mengadu kat makcik..Alhamdulillah makcik2 aku bagi sokongan yang kuat untuk aku.pasal duit takpe jangan risau...Sampai saja surat tawaran tu kt rumah, aku dah seronok sangat, tak sangka aku dapat apa yang aku impikan, aku nak sangat sambung diploma, aku nak sangat jadi designer arch..ups!!! hemmmm tak..apa yang aku berangan-angan sangat tu tak munkin..Sebab aku dah tukar course,dulu aku pernah katakan aku tak nak tukar course..tapi apakan daya..Allah maha mengetahui..dah tertulis dah..kita hanya mampu merancang...Alhamdulillah aku sekarang dah jadi mahasiswi di Kolej Teknologi Darulnaim(KTD) dah nak masuk semester 5 dah pun.
Kehidupan aku kat sini sangat beza dari sebelum ni..Sebab KTD nih adalah sebuah Pusat tarbiyah, kat sini aku banyak mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan aku mula berubah sikit demi sedikit menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ni. Dan course yang aku ambil sekarang ni pun kena dengan minat dan jiwa aku..aku sekarang pelajar Diploma Multimedia..Alhamdulillah aku suka sangat dengan course ni..Walaupun bertimbun2 projek yang aku kena buat, aku hadap dengan lancar sehingga aku semester 4 dan aku bersyukur sangat sepanjang aku belajar ni dah 3kali aku dapat anugerah pelajar cemerlang. 1kali cemerlang dan 2kali dekan.ALHAMDULILLAH..aku harap sangat biarla aku habis diploma ni dengan sempurna.. Insha ALLAH kalau diberi kesempatan untuk aku sambung belajar lagi, aku akan terus belajar..Dan aku nak capai cita2 aku nk jadi seorang designer/editor dan yang lebih penting, aku nak balas jasa orang2 yang sokong aku selama nih..kalau takde diorang tak taula aku buatpe sekarang..harap doakanlah aku berjaya didunia dan akhirat, dan menjadi seorang mujahidah ke jalan Allah s.w.t.amin......
Salam..nak tanye mase ambik sijil pelukis plan dan senibina ade x dia ajar sketch up??? Del lpsn diploma it tp nak try ambik sijil ni.. Kolej komuniti..
BalasPadamkolej komuniti ada dsediakn tmpat pnginapan tk???
BalasPadamkolej komuniti ada dsediakn tmpat pnginapan tk???
BalasPadamSijil pelukis pelan senibina ni berapa lama? N math dia bab mana yg penting, sbb nak apply course ni
BalasPadamAkak, saya ada problem. saya dapat kos nih. tapi saya kekurangan saya tak suka melukis tapi minat math . macam mana ni.. ðŸ˜
BalasPadamAkak, saya ada problem. saya dapat kos nih. tapi saya kekurangan saya tak suka melukis tapi minat math . macam mana ni.. ðŸ˜
BalasPadam